Contoh Petikan

Tajuk

4

Aku Sebuah Televisyen Pintar

  • Mukasurat: 2.1.1

Teks Karangan

Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk leper dan kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik dan cip komputer. Aku dicipta untuk membolehkan manusia menonton berita, cerita dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka sering menggunakan aku untuk berhibur. Oleh itu, ramai manusia ingin memiliki aku untuk berhibur semasa mereka di rumah, di warung-warung dan sebagainya. Setelah aku dan rakan-rakan selesai dipasang dan diuji, kami diletakkan di dalam sebuah kotak yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai di Bandar Sungai Dua, Pulau Pinang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca di kedai tersebut. Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka pasti akan melihat-lihat aku. Ramai yang bertanya tentang hargaku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecanggihan aku. Walau bagaimanapun, mereka tidak membeliku kerana hargaku agak mahal. Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki muda. Dia sangat meminatiku lalu cuba tawar-menawar dengan tuan kedai untuk membeliku. Akhirnya dia bersetuju membeliku dengan harga RM3850.00. Selepas itu, aku dibawa balik ke rumahnya di Bayan Lepas dan diletakkan di ruang tamu rumahnya. Aku lihat isteri dan anak-anaknya sangat gembira memperolehi aku. Sejak dari hari itu, aku sering digunakan oleh mereka tanpa mengira waktu. Walaupun aku berasa sangat penat, namun aku terpaksa menunaikan tanggungjawabku menghiburkan mereka. Kadang-kadang aku terus dipasang walaupun pada waktu hujan dan kilat sambar-menyambar. Aku berasa sedih kerana mereka tidak memperdulikan akan keselamatan diriku. Pada suatu malam, aku terpadam secara tiba-tiba akibat disambar petir semasa mereka asyik menontonku. Aku telah dibawa ke kedai untuk dibaiki dan berjaya diperbaiki. Aku dapat bersama dengan mereka semula. Aku berasa amat gembira dan bangga kerana dapat juga aku membuat bakti menghiburkan keluarga tuanku.