Badanku berbentuk leper dan kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik dan cip komputer.
Setelah aku dan rakan-rakan selesai dipasang dan diuji, kami diletakkan di dalam sebuah kotak yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia.
Ramai yang bertanya tentang hargaku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecanggihan aku.
Dia sangat meminatiku lalu cuba tawar-menawar dengan tuan kedai untuk membeliku.
Selepas itu, aku dibawa balik ke rumahnya di Bayan Lepas dan diletakkan di ruang tamu rumahnya.
