Contoh Petikan
Tajuk
2Taun Penyakit Berbahaya
- Jenis : SP
- Mukasurat: 39 (3.2.2)
Teks Karangan
Taun atau kolera adalah antara penyakit berjangkit yang berbahaya. Penyakit ini berpunca daripada makanan dan minuman yang tercemar. Taun tersebar menerusi pelbagai cara. Penyakit ini akan tersebar jika amalan kebersihan diri dan persekitaran tidak dijaga. Pembuangan najis yang tidak sempurna dan tangan yang kotor serta tidak dicuci secara bersih menyebabkan penyakit ini tersebar. Selain itu, penyakit ini juga tersebar menerusi air minuman yang tidak dimasak dan sayuran yang tidak dicuci dengan bersihnya. Lalat dan lipas yang hinggap di atas makanan juga boleh menyebarkan penyakit ini. Pesakit taun akan mengalami cirit-birit yang teruk. Jika tidak dirawat, pesakit akan mengalami masalah kekurangan air di dalam badan dan boleh membawa maut. Kesimpulannya, kita perlulah menjaga kebersihan diri dan persekitaran agar tidak dijangkiti penyakit taun.
