Isi 1: Penyakit ini akan tersebar jika amalan kebersihan diri dan persekitaran tidak dijaga.

Isi 2: Pembuangan najis yang tidak sempurna dan tangan yang kotor serta tidak dicuci secara bersih menyebabkan penyakit ini tersebar.

Isi 3: Penyakit ini juga tersebar menerusi air minuman yang tidak dimasak dan sayuran yang tidak dicuci dengan bersihnya.

Isi 4: Lalat dan lipas yang hinggap di atas makanan juga boleh menyebarkan penyakit ini.

Isi 5: Jika tidak dirawat, pesakit akan mengalami masalah kekurangan air di dalam badan dan boleh membawa maut.