Contoh Petikan
Tajuk
4Tip Kekal Sihat ketika Musim Panas
- Jenis : SP
- Mukasurat: 23 (2.3.1)
Teks Karangan
Ketika musim panas, kita mudah mendapat sakit tekak dan demam panas. Selain itu, kita juga mudah terkena batuk dan selesema. Aktiviti luar seperti bersukan dan beriadah perlulah dikurangkan. Aktiviti tersebut seelok-eloknya diadakan di dalam dewan tertutup atau berbumbung. Oleh sebab itu, kita tidak mudah diserang strok haba. Selain itu, kita juga perlu minum banyak air kosong. Air kosong akan dapat mengatasi masalah kehilangan air dalam badan. Ketika berada di luar rumah pula, gunakan payung untuk mengelakkan pancaran haba terus ke badan. Pakailah pakaian yang nipis, berwarna terang dan longgar. Kita mestilah mengikuti semua panduan tersebut agar kita kekal sihat ketika musim panas.
