Contoh Petikan
Tajuk
3Makanan Menyatukan Rakyat Malaysia
- Mukasurat: 2.1.1
Teks Karangan
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi. Rakyat Malaysia mestilah bersatu agar Malaysia kekal aman dan maju. Makanan juga boleh menyatukan rakyat Malaysia kerana disebabkan makanan, mereka berkumpul dan bertemu. Pada bulan Ramadhan, perbagai kaum mengunjungi Bazar Ramadhan. Di situ mereka berkumpul dan bertegur sapa semasa berjual beli. Keadaan ini dapat menyatukan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. Tempat menjamu selera seperti restoran-restoran, gerai-gerai dan sebagainya pula menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk menjamu selera. Di situ mereka berkumpul dan bertemu. Keadaan ini membuka ruang untuk mereka mewujudkan perpaduan antara kaum. Begitu juga semasa hari perayaan sesuatu kaum seperti Hari Raya Aidil Fitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Mereka berkumpul di rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa untuk meraikan perayaan tersebut. Mereka prihatin tentang makanan yang tidak dimakan oleh sesuatu kaum. Sikap ini melahirkan rasa hormat-menghormati dan menyatukan rakyat Malaysia yang berbagai kaum.
