Kegiatan kokurikulum dapat menonjolkan bakat dan kebolehan murid-murid.
Murid-murid dapat mengembangkan bakat mereka dalam pertandingan syarahan, perbahasan, sukan, berpantun dan sebagainya.
Selain itu, aktiviti kokurikulum dapat melatih murid-murid berdisiplin terutama dalam unit pakaian seragam.
Di samping itu, kegiatan kokurikulum dapat mewujudkan semangat kerjasama dan tolong menolong di kalangan murid-murid.
Seterusnya, aktiviti kokurikulum juga dapat mengisi masa lapang.
