Contoh Petikan

Tajuk

5

Baju yang Mana?

  • Jenis : SP
  • Mukasurat: 124 (2.1.1)

Teks Karangan

Cuaca pada hari itu sangat panas. Aidil mahu memilih baju yang sesuai untuk dipakai pada tengah hari itu. Dia pun membuka almari bajunya. Di dalam almarinya tergantung beberapa helai baju yang berlainan warna. Ada yang nipis dan ada yang tebal. Baju-baju itu diperbuat daripada jenis kain yang berbeza-beza seperti kain kapas, kain bulu dan poliester. “Baju apakah yang selesa untuk kupakai?” kata Aidil. Setelah berfikir sebentar, dia pun mencapai sehelai baju berwarna putih. Baju itu nipis dan diperbuat daripada kain kapas. Aidil bijak. Dia tahu bahawa kain kapas mudah menyerap peluh. Dia juga tahu bahawa baju yang nipis kurang memerangkap haba. Selain itu, baju berwarna putih dapat mengurangkan kepanasan kerana sifatnya yang memantulkan cahaya dan haba. “Wah, selesanya baju ini!” kata Aidil dengan gembiranya.