Contoh Petikan
Tajuk
4Sayangilah Kaki Kita
- Jenis : SP
- Mukasurat: 33 (2.3.2)
Teks Karangan
Yang dihormati Guru Besar SJKT Ladang Jati, guru-guru dan murid-murid sekalian. Pada hari ini saya akan menyampaikan ceramah yang bertajuk “Penjagaan Kaki”. Hadirin sekalian, Kaki sangat penting kepada kita. Oleh sebab itu, kita perlu menjaga kebersihan kaki. Gunakan stoking yang dapat menyerap peluh, iaitu yang diperbuat daripada benang bulu atau kapas. Stoking yang dipakai perlu ditukar setiap hari untuk memastikan kebersihan kaki kita. Selain itu, kita perlu mengelakkan pemakaian kasut yang lembap. Kelembapan kasut akan menyebabkan bakteria mudah membiak dan kaki akan berbau. Kaki juga mudah terkena penyakit seperti cagu atau kaki makan air. Sidang hadirin, Akhir sekali, kita harus mengeringkan kaki setelah mandi. Lap bahagian kaki, terutamanya di celah-celah jari kaki. Sapu pelembap pada kaki supaya kulit kaki tidak kering. Kesimpulannya, jagalah kaki kita kerana kaki merupakan anugerah yang amat bernilai. Sekian, terima kasih.
