Contoh Petikan
Tajuk
1Doktor Badut
- Jenis : SP
- Mukasurat: 13 (2.3.1)
Teks Karangan
Chun Wei ialah abang Chun Han. Beliau berusia 22 tahun dan sedang menuntut di sebuah kolej perubatan. Semasa cuti semester, beliau suka melakukan kerja amal. Beliau sering mengunjungi hospital sebagai Doktor Badut untuk menghiburkan pesakit di sana. Pada suatu pagi, abang Chun Han tiba awal di hospital. Dia terus menuju ke wad kanak-kanak. “Doktor Badut!” jerit Pravin, seorang pesakit kanak-kanak di hospital itu. Wajah muramnya bertukar ceria apabila ternampak abang Chun Han. “Doktor Badut, nyanyikanlah lagu,” pinta Pravin. Permintaan itu segera ditunaikan oleh Doktor Badut. Beliau bernyanyi sambil menari. Kemudian, Doktor Badut membuat persembahan silap mata pula. Tingkah lakunya sungguh lucu dan mencuit hati. Sebelum pulang, Doktor Badut memberikan hadiah kepada pesakit kanak-kanak di situ. Beliau gembira kerana dapat menghiburkan mereka.
