Contoh Petikan

Tajuk

3

Izhan

  • Jenis : SK
  • Mukasurat: 193 (2.3.2)

Teks Karangan

Izhan seorang pekerja yang rajin. Dia bekerja di sebuah kedai barangan pertanian. Setiap hari, dia akan datang awal untuk membuka kedai. Dia akan menyusun barang di dalam kedai dengan cermatnya. Keadaan kedai yang bersih dan selesa menjadikan kedai itu menarik banyak pelanggan. Keadaan tersebut menyebabkan majikan Izhan suka kepadanya. Kedai itu telah berkembang menjadi syarikat yang besar. Jumlah kakitangan syarikat itu makin bertambah. Izhan telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus besar. Tanggungjawabnya semakin bertambah. Kini, syarikat itu telah mengeksport produk-produk tempatan ke luar negara. Kerjasama pada peringkat antarabangsa diwujudkan bagi mengimport pelbagai peralatan pertanian berteknologi tinggi untuk kegunaan petani tempatan. Antaranya, dron penyembur baja. Izhan amat bangga dengan syarikat itu.