Contoh Petikan

Tajuk

2

Anak Peladang dan Takar Wang

  • Jenis : SK
  • Mukasurat: 188 (2.3.1)

Teks Karangan

Pada zaman dahulu, tinggal seorang peladang bernama Pak Wahid dan isterinya, Mak Senah. Mereka mempunyai seorang anak bernama Awang. Satu hari, Pak Wahid jatuh sakit. Dia telah meninggalkan wasiat bahawa di ladang mereka ada tertanam sebuah takar yang berisi wang. Tidak lama kemudian, Pak Wahid meninggal dunia. Kehidupan Mak Senah dan Awang menjadi susah kerana tiada siapa mengusahakan ladang itu. Tiba-tiba, Awang teringat akan wasiat bapanya. Dia segera menggali dan membersihkan kawasan ladang. Awang bekerja dengan tekunnya. Sebelum matahari terbit dia akan ke ladang dan hanya kembali ke rumah lewat petang. Apabila ladang itu telah bersih, Awang mula bercucuk tanam dengan pelbagai jenis tanaman. Awang sudah tidak peduli dengan wasiat itu. Dia hanya memikirkan cara untuk menjaga kebajikan keluarganya. Selepas melihat sikap rajin Awang, Mak Senah menceritakan hal sebenar kepada Awang. Awang terkejut, namun dia bersyukur. Jika tidak kerana wasiat itu, dia pasti akan membiarkan ladang itu. Sejak itu, kehidupan Mak Senah dan Awang berubah. Hasil ladang mereka juga semakin meningkat. Fahamlah Awang pesanan sebenar yang ingin disampaikan ayahnya.