Contoh Petikan

Tajuk

2

Sentiasa di Sisi

  • Jenis : SK
  • Mukasurat: 175 (2.1.1)

Teks Karangan

Devika merupakan mahasiswi cacat penglihatan di sebuah universiti. Dia mempunyai seorang rakan baik bernama Sarah. Mereka mula berkawan baik sejak hari pertama mendaftar di situ. Sejak hari itu, Sarah selalu membantu Devika dengan ikhlasnya. Setiap hari, Sarah akan memimpin Devika ke kelas. Dia akan memastikan Devika dapat belajar dengan selesanya. Devika bersyukur kerana mempunyai rakan yang bertanggungjawab seperti Sarah. Di universiti, Devika merupakan mahasiswi yang cemerlang. Dia selalu membantu Sarah dalam pelajaran. Dia juga menasihati Sarah supaya terus gigih untuk berjaya. Setiap kali peperiksaan, mereka akan bersama-sama mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Akhirnya, atas berkat kesungguhan, Devika dan Sarah telah menerima anugerah cemerlang. Mereka berpegang pada peribahasa, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.