Contoh Petikan

Tajuk

4

Bantu Ibu Berjimat

  • Jenis : SK
  • Mukasurat: 168 (3.2.4)

Teks Karangan

Puan Salma menanya-nanyakan anaknya tentang barang keperluan yang ingin dibeli. Puan Salma berhasrat untuk membeli barang keperluan harian. Alif menolong ibunya menulis senarai barang yang ingin dibeli seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan. Senarai barangan yang ditulis akan memudahkan ibunya membeli tanpa perlu teragak-agak. Puan Salma ke ruang tamu lalu membelek-belek beberapa naskhah surat khabar. Beliau mencari iklan jualan murah. Beliau tertarik akan buah rambutan yang kemerah-merahan dan berhasrat untuk membelinya. Puan Salma menggeleng-geleng kepala melihat iklan tersebut. Rupa-rupanya, harga barang semakin naik. Beliau perlu merancang perbelanjaan agar dapat berjimat-jimat. Alif pula membanding-bandingkan harga tawaran jualan murah dalam talian. Beliau susah memilih harga jualan yang murah kerana banyak pasar raya mengadakan promosi jualan secara besar-besaran. Mudah-mudahan usahanya itu dapat membantu ibunya. Alif masih ingat akan pesanan guru kelasnya agar bertolong-tolongan sesama anggota keluarga.