Contoh Petikan
Tajuk
4Jangan Terpedaya
- Jenis : SK
- Mukasurat: 166 (2.3.2)
Teks Karangan
Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang dihormati guru-guru dan rakan-rakan. Hari ini, saya akan berbicara tentang penipuan melalui panggilan dan mesej palsu. Bagaimanakah penipuan ini berlaku? Pemanggil akan memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai bank atau agensi penguatkuasaan. Mereka akan meminta mangsa memindahkan wang ke akaun tertentu. Hadirin yang saya hormati, Pemilik akaun akan terpedaya lalu memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun pihak yang tidak dikenali. Keadaan ini akan menyebabkan mangsa kerugian. Oleh itu, kita perlulah berwaspada. Fikirlah dahulu sebelum bertindak. Sebagai penyimpan yang bijak, kita perlu mengetahui bahawa Bank Negara Malaysia tidak pernah meminta maklumat peribadi atau maklumat kewangan kita. Bank Negara Malaysia juga tidak pernah meminta sesiapa pun memindahkan wang ke dalam akaun pihak lain. Selain itu, Bank Negara Malaysia tidak menyimpan wang orang ramai dalam mana-mana akaun. Jika ada sebarang keraguan, kita boleh menghubungi Bank Negara Malaysia melalui Pusat Panggilan Perkhidmatan Pelanggan di talian 1-300-88-5465 atau e-mel:bnmtelelink@bnm.gov.my. Semoga kita tidak menjadi mangsa penipuan. Saya akhiri pidato saya pada pagi ini dengan seloka bertajuk “ Jangan Terpedaya.” Sekian, terima kasih.
