Contoh Petikan
Tajuk
2Lokasi Unik dan Istimewa
- Jenis : SK
- Mukasurat: 153 (2.3.1)
Teks Karangan
Kawasan ekopelancongan yang menarik telah sedia menerima kunjungan pelancong. Kawasan tersebut merupakan tempat tinggal Orang Asli di negara ini. Kawasan ini sesuai untuk pelancong berehat jauh daripada kesibukan kota. Pelancong berpeluang untuk menginap di calet Pos Kuala Mu. Calet ini diusahakan sendiri oleh masyarakat Orang Asli di sana. Dengan terbinanya calet tersebut, peluang untuk meningkatkan ekonomi mereka terbuka luas. Ada antara mereka berpeluang untuk menjadi pemandu pelancong. Satu keunikan di sini ialah terdapat kedai makan di dalam sungai yang cetek. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pelancong. Dengan hanya RM20, pelancong dibawa ke lokasi memancing ikan tengas. Terdapat juga aktiviti lasak untuk mereka yang gemar meneroka alam sekitar. Pelancong akan dibawa oleh penduduk setempat memasuki hutan yang berhampiran dengan caj RM10 seorang. Yang memiliki kemahiran seni anyaman, mereka boleh menghasilkan dan menjual hasil kerja tangan mereka.
