Contoh Petikan

Tajuk

4

Mesin Lipat Pakaian

  • Jenis : SK
  • Mukasurat: 122 (2.3.1)

Teks Karangan

Sebuah mesin lipat pakaian menjadi tumpuan orang ramai. Mesin tersebut telah dipamerkan di Festival Sains, Teknologi dan Inovasi. Kini, mesin tersebut mesin tercanggih kerana menggunakan teknologi robotik. Menurut pengurus jualan di festival tersebut, selain mampu melipat pakaian, mesin ini juga berfungsi sebagai seterika wap. Oleh itu, mesin lipat pakaian ini dapat membantu meringankan tugas. Mesin tersebut mampu melipat dan menggosok sebanyak sepuluh helai pakaian pada satu-satu masa. Pakaian tersebut perlu digantung pada penyepit khas. Kemudian, pakaian akan ditarik masuk ke dalam mesin satu demi satu. Di dalam mesin, satu alat khas akan menyemburkan pewangi pada pakaian yang digosok. Setiap pakaian hanya mengambil masa selama sepuluh saat untuk digosok dan dilipat. Pakaian yang telah siap dilipat kemas akan dikeluarkan melalui ruang khas pada bahagian bawah mesin tersebut. Inilah inovasi yang memudahkan tugasan harian.