Contoh Petikan
Tajuk
2Keistimewaan Rakyat Malaysia
- Jenis : SK
- Mukasurat: 102 (2.3.1)
Teks Karangan
Alia terus berlari memeluk ibunya yang sedang melipat baju di pangkin rumahnya. “Ibu, saya dapat 6A.” “Tahniah, nak! Kamu berjaya akhirnya,” kata Puan Zira. Alia yang duduk di hadapan pangkin memberitahu ibunya bahawa Anil, Lily dan Arif turut berjaya dalam peperiksaan UPSR. Alia juga memberitahu mereka perlu ke sekolah esok untuk berjumpa dengan Cikgu Syakir. Jam menunjukkan pukul 8:00 pagi. Alia dan rakan-rakannya sudah berada di bilik guru untuk berjumpa dengan guru kelas mereka. “Tahniah cikgu ucapkan atas kejayaan kamu! Inilah hasil yang kamu peroleh sewaktu belajar di sekolah ini. Banyak kemudahan yang disediakan telah kamu nikmati. Antaranya termasuklah pinjaman buku teks, kemudahan asas dan yuran peperiksaan percuma,” kata Cikgu Syakir. Mereka berasa gembira mendengar perkara itu. Menurut Cikgu Syakir, inilah antara keistimewaan menjadi warganegara Malaysia. Mereka berhak menerima faedah dan kemudahan seperti kebajikan dan pelajaran. Oleh sebab itu, mereka perlu bersyukur. “Cikgu berharap agar kamu terus berusaha untuk menjadi murid yang cemerlang dan mengharumkan nama negara,” kata Cikgu Syakir. “Terima kasih, cikgu. Kami akan belajar dengan bersungguh-sungguh lagi,” kata Alia dan rakan-rakannya penuh semangat.
