Contoh Petikan
Tajuk
4Seindah Pinakol
- Jenis : SK
- Mukasurat: 81 (2.3.1)
Teks Karangan
Pinakol ialah hiasan manik yang mempunyai nilai kesenian kraf tangan tempatan. Manik tersebut merupakan seni kraftangan etnik Rungus, Sabah. Perusahaan manik ini memjadi sumber ekonomi majoriti wanita di Sabah. Kebiasaannya, pinakol dijadikan sebagai perhiasan kaum perempuan seperti gelang rantai tali pinggang dan kerongsang. Corak pinakol pada perhiasan mengikut motif tumbuh-tumbuhan, bunga dan haiwan. Manik hitam, putih dan merah merupakan warna asas yang sering menggunakan oleh masyarakat Rungus. Manik tersebut terbahagi kepada dua jenis iaitu, manik kaca dan manik plastik. Harga manik kaca lebih mahal daripada manik plastik kerana diimport dari negara Cina dan jepun. Rekaan manik kaca boleh mencicah ribuan ringgit. Usaha kerajaan untuk memperkenalkan hiasan manik ke pasaran antarabangsa bertujuan untuk pemasarkan produk kraf tangan negeri Sabah. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara.
